PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday 12 April 2014

Wanita diragut semasa siaran langsung

RIO DE JANEIRO - Seorang wanita diragut ketika sedang diwawancara langsung di satu acara TV. Ironisnya, wanita itusedang  diwawancara tentang tingkat kejahatan yang tinggi di Rio de Janeiro, Brazil.

Wanita yang tidak disebutkan namanya ini mengeluh tentang kurangnya polis yang berpatrol waktu siang hari di kota Rio de Janeiro. Di saat bersamaan seorang peragut mencuba untuk merebut kalung emas dari lehernya. Demikian diberitakan Daily Mail, Jumaat (11/4/2014).

Si peragut ini memutuskan kalung emas dari leher wanita itu sebelum dia melarikan diri di tengah jalanan yang sibuk. Reporter RJTV yang bertugas mewawancara wanita itu berusaha untuk mengejar peragut tersebut, namun aksi pengejaran itu gagal kerana sang peragut lari dengan sangat cepat.

Rio de Janeiro adalah kota yang dikenal di seluruh dunia untuk tingkat kejahatan yang tinggi, terutama kejahatan yang dilakukan anggota geng dan kejahatan narkoba sering terjadi di sana.

Pada bulan Ogos tahun lalu saja ada 406 kes pembunuhan di kota Rio de Janeiro dan kota sekitarnya, tingkat kejahatan meningkat sebanyak 40 persen pada tahun sebelumnya.

Baru-baru ini tentera bersenjata didukung oleh helikopter dan kenderaan lapis baja menyerbu salah satu kota terbesar di Brazil, Complexo da Mare, dalam usaha percobaan bersih-bersih menjelang pertandingan bolasepak Piala Dunia.

Sekitar 1,400 tentera dan polis berpatrol di jalan-jalan untuk menangani kekerasan geng di daerah miskin tersebut. (faj)okezone

-

-  

Peristiwa Memali: Penjelasan Tun Dr Mahathir

SEMASA saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas polis.

Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan negara begitu penting.

 Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan negara China yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

Saya tidak ingat yang Tun Musa Hitam datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke China. Pada waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. Empat anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

Saya kembali ke tanah air pada 28 November 1985. Semasa berada di luar negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan negara yang besar, menteri bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya merestui tindakan.

Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem Kabinet yang kita amalkan, semua anggota Kabinet terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk memastikan supaya keselamatan negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan negara pada keseluruhannya. Sebab itulah kerajaan tidak akan berkompromi………..”

Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Tun Musa ialah Menteri Dalam Negeri, di samping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.

Sumber: www.chedet.cc

-

-

Thursday 10 April 2014

Bekas Drummer Ukays Kini Mujahidin Di Syria

Bagi mereka yang membesar tahun 90an, anda tentu mengetahui tentang kumpulan Ukays yang mencipta nama antara kumpulan muzik paling popular pada satu ketika.

Antara ahli terawal anggota kumpulan ini adalah pemain dram, Ali.

Bersama Ukays, Ali sempat terlibat dalam dua album iaitu Mencari (1992) dan Bisa Berbisa (1994) yang antara lain memuatkan lagu popular Berkat Kasihmu, Seksa, Kau Satu-Satunya dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.
ukays-bisa-berbisa
bisa berbisa
Kini kumpulan Ukays sudah berkubur namun perkembangan terbaru Ali agak mengejutkan.

Nampaknya Ali bukan sahaja meninggalkan dunia muzik tetapi memilih untuk melakukan sesuatu yang berat dibuat oleh kebanyakan yang lain iaitu meninggalkan negara untuk tujuan jihad.

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan di laman Facebook, Ali kini tidak lagi memegang stik dram tetapi AK47 untuk sama-sama menentang rejim Basyar Al Assad.
pmiandrumukays
aliukays2
Kami pasti, apa yang dilakukannya ini sudah difikirkan masak-masak. Sama ada gugur sebagai syahid atau ditangkap kerana melanggar undang-undang, Ali sesungguhnya sedang memilih satu jalan yang sukar dipilih oleh orang lain.

Semoga reda Allah bersama Ali dan para mujahidin yang berjuang demi umat Islam menentang kezaliman di mana sahaja pelusuk dunia ini. – MYNEWSHUB

-

-

Tuesday 8 April 2014

Bayi 9 bulan didakwa rancang pembunuhan

Musa menangis ketika ibu jarinya dicelup ke dalam dakwat untuk 'menandatangani' bon jaminan.
ISLAMABAD -PAKISTAN. Seorang bayi lelaki berumur sembilan bulan di Pakistan didakwa oleh mahkamah atas kesalahan merancang pembunuhan, mengugut polis dan mencampuri urusan hal ehwal kerajaan.

Muhammad Musa Khan adalah salah seorang daripada lebih 30 individu berhadapan pertuduhan sama selepas satu serbuan menyasarkan pencuri gas dilakukan pihak berkuasa di bandar Lahore.

Bayi tersebut yang berada di pangkuan bapanya dilihat memegang botol susunya dan merengek sepanjang prosiding perbicaraan itu berlangsung.

Memetik laporan AP, mahkamah membenarkan Musa diikat jamin dan kes terbabit ditangguhkan sehingga 12 April ini.

Akhbar tempatan melaporkan, bapa bayi tersebut turut menafikan dakwaan mereka bertindak ganas dengan membaling batu ke arah pihak berkuasa sebaliknya, penduduk hanya mengadakan protes membantah kekurangan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

 Difahamkan, kes yang menarik perhatian antarabangsa itu juga mendapat perhatian Ketua Menteri Punjab, Muhammad Shahbaz Sharif apabila bertindak menuntut penjelasan penuh berhubung dakwaan tidak munasabah itu.

Susulan daripada itu, Sub Inspektor Kashif Ahmed dilaporkan digantung tugas kerana mendaftarkan kes terhadap bayi terbabit.//(sinarharian)

Monday 7 April 2014

Kes Raba Pelajar UiTM: Ini "Jawapan" Prof Izzi Ali

Kuala Lumpur – Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba buah dada seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.

Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.

Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis itu sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi: “Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”

Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.

Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya.

“Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang,” tanya seorang pemilik akaun Facebook bernama Mohd Syafiq.

Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.

Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.


klik untuk lebih jelas

Dalam laporannya, Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.

Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai.

“Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan semata-mata nak jatuhkan maruah profesor,” kata Basyari Fiqri.

Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan sabar dengan dugaan. -malayazoom
 

Bekas Pemain Arsenal Kini Sertai Jihad Di Syria demi Islam?

Bagi sesetengah media asing, setiap perkara melibatkan jihad oleh orang Islam bermakna mereka adalah pengganas, ekstremis dan puak pelampau.

Itulah yang diuar-uarkan terhadap lelaki dalam rakaman VIDEO di bawah.


Lelaki dalam video ini mendapat perhatian ramai kerana dia didakwa bekas pemain bola sepak terkenal Liga Inggeris, Arsenal yang pernah meningkat naik bersama Cristiano Ronaldo.


Meskipun memperkenalkan diri sebagai ‘Abu Issa Al-Andalusi’, lelaki ini dikatakan bekas pemain Arsenal berasal dari Portugis yang meninggalkan London dan segala kemewahan dunia demi berjuang untuk Syria dan Islam sejak dua tahun lalu.


Memakai topeng muka berwarna hitam dan memegang senjata dipercayai jenis AK-47, video yang dimuatnaik di laman web FiSyria.com ini menunjukkan lelaki tersebut antara lain memberi nasihat khususnya kepada rakyat Ukraine:


“My advice to you is that we are in need of all types of help from those who can help us in fighting the enemy. Welcome, come and join us and from those who think that they cannot fight they should also come and join us because it maybe that they can help us in something else, for example help with medicine, help us financially, help us with with advice, help with any other qualities they may have and any other skills they might have, and they can give and pass on this knowledge, and we can take whatever is beneficial and that way they will participate in jihad.” (Saya ingin menasihati semua bahawa segala jenis bantuan kini diperlukan untuk melawan musuh. Sesiapa yang berasakan mereka tidak mampu ikut berperang masih boleh membantu dari sudut lain termasuk bantuan kewangan, ubat-ubatan, panduan dan apa sahaja skil yang dimiliki. Dengan cara itu kita semua dapat turut serta berjihad).


Arsenal belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara ini namun mengakui sedang menyiasatnya.


Bagaimanapun dalam kenyataan kepada The Sun, wakil Arsenal dilaporkan memberi komen tidak mengenali lelaki dalam rakaman berkenaan dan tiada pemain dengan nama tersebut pernah direkodkan bermain bersama mereka

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers