PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday 15 September 2012

Tiang Aras Umno Sabah Bergoncang

Seorang demi seorang tokoh Umno Sabah telah mengistyharkan diri menyertai Pakatan Rakyat. Kali ini giliran bekas Bendahari Agung Umno Sabah Ibrahim Menudin pula mengistyharkan diri menyertai PKR di hadapan Anwar Ibrahim di satu majlis di Batu Arang Labuan lewat petang ini.

Dipercayai ada beberapa orang lagi tokoh Umno dan ahli politik Sabah akan berbuat demikian. Dijangka malam ini juga ada pengumuman penting. Beberapa mereka yang disebut-sebut akan bersama Pakatan Rakyat termasuklah ahli Parlimen Kalabakan, Abdul Ghafur. Namun sukar diyakini Ghafur akan berbuat demikian malam ini.

Sudah pasti tiang aras Umno Sabah makin bergoyang kini dan mungkin akan terus tumbang mungkin sebelum piliahn raya umum diistyharkan./(MSO)

Gambar Separuh Bogel Kate Middleton Tersebar!

Ketika rakyat Malaysia begitu teruja dan sibuk dengan kehadiran Duke and Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia, lain pula ceritanya di Eropah.

Keadaan di sana kecoh dengan berita tersebarnya gambar separuh bogel isteri Putera William ketika pasangan diraja itu bercuti di selatan Perancis awal bulan ini.

Sebuah majalah bertajuk Closer di Perancis didakwa telah menceroboh ruang privasi Putera William dan Kate ketika mereka sedang berehat di sebuah rumah di negara itu.

Seorang jurufoto majalah itu telah secara rahsia menangkap gambar Kate yang ketika itu hanya memakai ‘bra’ dan seluar dalam sahaja.

Turut didedahkan adalah sekeping gambar ketika Putera William sedang menyapu losyen di belakang badan isterinya itu.

Walaupun berada di Malaysia pada waktu ini, Putera William ternyata berang dengan tindakan paparazi di Perancis yang begitu berani memalukan dia dan isterinya.

Menurut jurucakap pegawai Istana St James, mereka sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat majalah itu termasuk jurufoto berkenaan.

“Pasangan diraja berkenaan amat sedih dan marah kerana satu penerbitan Perancis dan seorang jurugambar menceroboh privasi mereka secara melampau dan tanpa sebarang justifikasi.
“Insiden itu mengimbau kembali perbuatan melampau media cetak dan jurugambar paparazi semasa Diana masih hidup,” kata jurucakap Istana St James yang dipetik dari laman Gawker.com, semalam. (Mynewshub.my)

Hari ini, menurut laporan TMZ, keluarga diraja tersebut termasuk Putera William dan Kate telah bersetuju untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah Closer dan juga editornya.
Pihak syarikat Closer bakal disaman oleh pasangan diraja itu.

“Tindakan prosiding mahkamah untuk menyaman telah pun dibuat di Perancis hari ini,” kata jurucakap Istana St. James.

Bagaimanapun, editor majalah Closer tetap dengan pendirian itu mengatakan pendedahan gambar itu hanyalah untuk hiburan dan bukan menjatuhkan maruah atau nama Kate.

Penyiaran gambar kontroversi itu merupakan cabaran getir pertama yang dicetuskan oleh media cetak terhadap pasangan diraja itu selepas mendiang Diana mati dalam satu kemalangan kereta di Paris ketika beliau dikejar beberapa paparazi.

Sebelum ini, satu lagi kontroversi melibatkan keluarga diraja itu apabila gambar adik kepada Putera William, Putera Harry yang sedang berbogel dengan seorang perempuan didedahkan oleh akhbar The Sun di Britain kepada umum.

Putera Harry berbogel dengan seorang wanita semasa mereka berada di dalam sebuah bilik hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat. – Mynewshub





Oleh: NAIMAH SHAARI

Kah kah kah!... UMNO berceramah kepada kerusi: JKKK mengamuk ahli UMNO sertai PAS

Ceramah 11/09/2012 (Isnin lalu) pengerusi JKKK mengamok apabila ahli-ahli UMNO keluar parti dan menyertai PAS. Seramai 30 orang ahli bangkit meninggalkan UMNO.

Friday 14 September 2012

Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh

Pilihan raya Malaysia : Jikalau kita singkap semula perjalanan ahli parlimen sekitar lebih 4 tahun yang lalu, mereka mula mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen pada bulan JUN 2008. Cepat betul masa berlalu, tetapi sehingga ke hari ini Parlimen masih lagi belum dibubarkan.

Tidak salah, masih ada lagi masa dan tempohnya. Tetapi kelaziman daripada pimpinan-pimpinan yang sebelum ini jikalau diikutkan sudah pun memulakan semboyan pilihanraya Malaysia 13 (umum) pada waktu-waktu sebegini. Lain pula di zaman Datuk Seri Najib Razak…
Parlimen Malaysia Bubar Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia? Jikalau diikutkan perkiraan pada bulan Jun 2013 ini, bermakna 9 bulan daripada sekarang Datuk Najib mempunyai masa dan peluang untuk menyiapkan kerajaan baru sebelum bulan Jun 2013, Datuk Najib mesti bubar parlimen sebelum daripada tempoh tersebut. Mandat beliau hanyalah sehingga April 2013.

Akhirnya sehingga ke hari ini rakyat Malaysia masih lagi terus berteka-teki dan menimbulkan pelbagai persoalan, bilakah akan diadakan pilihanraya Malaysia (umum) sehingga mengajak rakyat menjadi “ahli nujum negara” terlalu lama.
“Masing-masing ada pendapat, hujah dan firasat tersendiri”

Pilihan raya Malaysia 13 (Umum) Pada Disember 2012?

Ada cakap-cakap orang politik “kuat” dan “begitu yakin” mengatakan Pilihanraya Malaysia 13 (umum) bakal diadakan pada Disember 2012 ini. Benarkah? Mengapa?
Tarikh PRU ke 13 Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia?
  1. Antara faktornya ialah, pembentangan Bajet 2013 yang mengandungi pelbagai imbuhan dan insentif yang akan diumumkan oleh Datuk Najib untuk diagihkan dan mula dinikmati oleh rakyat hujung tahun ini (Disember 2013) . Ini bakal memberikan nilai tambah dan keyakinan  kepada jentera kerajaan sebelum menghadapi Pilihanraya Malaysia ke 13 (Umum).
  2. Keduanya, pada waktu itu adalah musim cuti sekolah. SPM pun dianjakkan lebih awal, cuti sekolah pun sudah bermula pertengahan November 2012. Sangat sesuai tempoh masanya.
  3. Ketiganya, dalam masa sama musim haji Oktober–November ini, oleh itu sebaiknya dilakukan selepas daripada tempoh tersebut. Dan Disember 2012 adalah tempoh yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihanraya Malaysia 13 (umum) kerana pada masa itu kumpulan yang mengerjakan haji telah pun pulang ke tanahair.
  4. Keeempatnya, kalau buat Pilihanraya Malaysia 13 pada tahun hadapan 2013, rakyat lupa, orang Malaysia cepat lupa. Jadi, wajar diumumkan dalam masa terdekat dengan tempoh rakyat menikmati insentif. Itu pandangan kebanyakan orang kita dan pertimbangan orang politik.
  5. Faktor kelimanya berkenaan. Ekonomi dunia tidak menentu. Tahun depan tidak terjamin lagi ekonomi negara kita stabil. Ia pasti akan menjejaskan dari segi sokongan Barisan Nasional (BN).
  6. Lanjutan tarikh yang terlalu lama mungkin akan menimbulkan isu-isu dan kontroversi baru, yang bakal menjejaskan imej kerajaan.
Pilihanraya Malaysia ke 13 Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia? Oleh itu kemungkinan besar bubar Parlimen pada November 2012 dan Pilihanraya Umum ke 13 akan didakan pada bulan Disember 2012.


Walaubagaimanapun, disebabkan kerajaan yang ada sekarang ini di bawah Barisan Nasional jadi oleh itu, mereka mestilah mencari tarikh terbaik untuk mereka menghadapi Pilihan raya Malaysia ke 13. Jikalau ikutkan perkiraannya, tarikh terbaik untuk Barisan Nasional  sebelum Jun 2012. Mengapa tak jadi? (KLIK LINK). Kini, sudah terlepas. Waktu keemasan itu sudah berlalu. Sudah tidak dapat ‘catch the moment’.

Untuk mengetahui tarikh pilihan raya umum ke 13 tidak sukar jika kita dapat mencari tarikh-tarikh yang mampu memberikan keyakinan kepada Barisan Nasional untuk menang pada Pilihan raya umum 13 kali ini. Dan kami rasa Datuk Seri Najib Razak sudah pun mengetahuinya….


UMNO BAKAL MUSNAH: Najib dalam misi bunuh diri, Mahathir AMBIL ALIH


Kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan partinya UMNO adalah akibat perbuatan mereka sendiri. Ini adalah kesan setelah 55 tahun salah laku dalam pemerintahan, penyalahgunaan kuasa, kronisme, rasuah, skandal, ketamakan dan perkauman.

Ia semua berlaku apabila tiada menteri sebelumnya mahu melakukan perkara yang betul, iaitu memerangi rasuah. Kemudian mereka gagal untuk memperkukuhkan UMNO dengan orang bijak pandai dan jujur​​. Namun, kesilapan terbesar mereka adalah tidak berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit sehinggakan orang bukan Melayu mula beralih untuk menyokong pembangkang.

Pengundi Melayu juga mula meninggalkan UMNO untuk PAS yang lebih kukuh dan jujur​​. Malah, peralihan keluar dari UMNO bermula pada 1960-an, dengan kadar yang semakin meningkat sehingga hari ini apabila orang Melayu mula berpecah antara UMNO di satu pihak dan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pihak yang lain.

Memilih untuk menipu dari memperbetulkan kelemahan


Malangnya, daripada bekerja untuk memperbaiki imej dan integriti parti mereka, pemimpin UMNO menggunakan cara kotor untuk memenangi pilihan raya; mereka menipu. Ia mendatangkan hasil dan tidak lama lagi dosa ini menjadi satu tabiat yang berakar dalam minda UMNO. Lihatlah bagaimana kepimpinan UMNO bertindak balas terhadap pergerakan Bersih yang menuntut pilihanraya yang bersih. Ketakutan dan kemarahan UMNO apabila diminta untuk membersihkan daftar undi amat ketara. UMNO kecewa dan bertindak balas dengan ganas terhadap penyokong Bersih di kesemua demonstrasi Bersih kerana ia merasakan ia mempunyai hak mutlak untuk menipu!

Beberapa kaedah melampau mereka dalam menipu termasuk membina pengkalan tentera dalam kawasan pilihanraya yang penting bagi UMNO untuk mendapatkan undi mudah. Tetapi pada tahun 1980-an, UMNO mendapati ia tidak boleh lagi bergantung kepada pangkalan tentera atau perkhidmatan awam kerana untuk mengekalkan kedua-duanya menelan belanja yang besar apatah lagi untuk mengembangkannya.

UMNO kemudian mula menarik pendatang asing untuk memohon kewarganegaraan Malaysia terutamanya Indonesia. Tetapi tidak semua yang baru mendapat kewarganegaraan Malaysia menyokong UMNO kerana terdapat orang-orang yang berpengetahuan agama di kalangan mereka, dan seperti di Indonesia, mereka lebih suka untuk menyokong pembangkang. Oleh itu, kini di alaf baru, UMNO tidak mempunyai pilihan tetapi untuk memberi kerakyatan segera kepada pendatang dari Bangladesh, Pakistan dan Filipina, lengkap dengan upacara angkat sumpah untuk berjanji mengundi UMNO dan BN.

Usaha sedemikian jelas percubaan terdesak untuk kekal berkuasa, dengan kadar keupayaan yang sangat berpadanan dengan kuasa serta integriti UMNO. Lebih banyak UMNO menipu, lebih buruk imej, kekuatan dan integrity mereka.

Skandal demi skandal


Menurut Timbalan Presiden PAS Mat Sabu, apabila skandal RM7.3 bilion kapal selam Scorpene meletus, rakyat biasa tidak mampu untuk memahami isu ini. Tetapi kemudian, apabila skandal RM250 juta NFC dilaporkan dalam berita, mereka mula memahami sepenuhnya bagaimana pemimpin UMNO mendapatkan komisen atas wang rakyat. Ini menjadikan minda mereka terbuka dan mula meragui UMNO-BN dengan serius. Sepertimana yang dikatakan oleh Sabu, ia adalah lebih mudah untuk rakyat biasa menghargai lembu berbanding kapal selam.

Apabila kejatuhan NFC terus berlaku, ia menjadi jelas kepada rakyat bahawa UMNO sememangnya tidak masuk akal apabila 'lembu' boleh membeli kondominium. Malah timbalan ketua Wanita UMNO, Kamilia Ibrahim tidak boleh mendiamkan diri lagi. Beliau mengambil keputusan untuk menuntut Shahrizat dikeluarkan dari parti jika dia tidak melakukannya dengan kerelaan sendiri untuk meletak jawatan.

Jelas bahawa kejatuhan NFC adalah antara tamparan utama yang membuka minda rakyat dan ia masih berada dalam fikiran mereka sehingga ke hari ini.

Walaupun skandal Scorpene yang berkaitan secara langsung dengan Najib, kejatuhan NFC juga membabitkan pemimpin UMNO yang lain seperti Abdullah Badawi, Shahrizat Jalil, Muhyiddin Yassin, Khairy Jamaluddin dan sudah tentu, Najib. Mungkin ia adalah kerana dia telah berada dalam kerajaan lebih daripada 30 tahun tetapi Najib seolah-olah mendapat habuan dalam kebanyakan perkara!

Selain daripada Najib, terdapat pemimpin UMNO lain yang sering terbabit dalam skandal. Khir Toyo telah didapati bersalah kerana rasuah, Jamil Khir Baharom menggunakan wang 'zakat' untuk membayar yuran peguam, manakala Awang Adek mengakui menerima wang daripada sebuah syarikat atas sebab-sebab yang boleh dipersoalkan dan Isa Samad terpaksa disingkirkan dari KFHB kerana kesangsian terhadap kejujuran dan integritinya.

Persediaan hanya untuk dimusnahkan


Kita tahu Najib mempunyai skandal peribadinya sendiri, manakala Rosmah Mansor isterinya yang agresif berada di luar kawalan dan ini bukanlah sesuatu yang baik untuk dirinya.

Najib telah dikecam kerana menggunakan dana awam untuk urusan peribadinya. Dia dituduh menjadualkan perjalanan diluar negara bersempena dengan pertunangan anak perempuannya di Kazakhstan, konvokesyen anak lelakinya di Amerika Syarikat, percutian keluarga di Milan dan Australia supaya perbelanjaan peribadinya boleh dibiayai dengan dana awam.

Malah, Pejabat Perdana Menteri juga diheret sama apabila berita ini dibocorkan kepada media alternatif apabila kos majlis pertunangan anak perempuannya di Putrajaya juga telah dibilkan kepada kementeriannya apabila ia adalah majlis peribadi.

Insiden seperti ini memberi kesan kepada kredibiliti Najib tetapi dia hanya ada dirinya untuk dipersalahkan akibat penyalahgunaan dana awam tanpa rasa segan dan silu. Bagaimana dia boleh mengharapkan rakyat untuk terus menghormatinya apabila dia dan isterinya berkelakuan seperti pengambil kesempatan?

Najib sudah mengalah, sekarang dalam misi bunuh diri


Untuk memburukkan lagi keadaan UMNO dan BN, Najib kemudian pula campur tangan dalam penganugerahan projek Ampang LRT kepada George Kent. Bukan sahaja firma ini dikawal oleh kroninya, ia adalah pembida tertinggi malah hilang kelayakan secara teknikal. Namun ia telah memenangi bidaan dan Najib sendiri telah meluluskan penganugerahan itu!
Mengejutkan? Atau adakah Najib tidak lagi peduli - dia hanya mahu merebut seberapa banyak wang sebelum pilihan raya umum ke-13 yang perlu diadakan selewat-lewatnya menjelang Jun 2013. Sudah tentu ini nampak seperti misi bunuh diri – dari segi politik - manakala UMNO ditakdirkan untuk musnah hasil penyelewangan Najib.

Seterusnya, Najib disajikan dengan pembelotan dari Sabah - salah seorang daripadanya adalah Lajim Ukin, ahli majlis tertinggi UMNO! Sekali lagi Najib tidak mempunyai sesiapa untuk disalahkan tetapi dirinya sendiri. Dia sebenarnya boleh menghalang Lajim daripada meninggalkan UMNO dengan melakukan sesuatu untuk menenangkannya seawal tahun lalu, tetapi Najib tidak berbuat apa-apa pun.

Sama ada PM sememangnya malas, atau dia sudah berputus asa untuk berharap lama dahulu. Mungkin Najib telah menyedari bahawa kekalahan tidak dapat dielakkan lagi dan ini mungkin kenapa dia memutuskan untuk memperbaiki imej sendiri dan bukannya perkara-perkara di dalam UMNO, BN dan negara. Ini mungkin menjelaskan mengapa dia tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan Lajim Ukin dan timbalan pengerusi Upko, Wilfred Bumburing untuk meninggalkan BN.

Keangkuhan Najib juga merupakan satu lagi faktor yang menyumbang kepada kejatuhannya. Mahathir yang telah lama menyedari perkara ini telah memberi amaran secara terang-terangan kepadanya. Dalam temu bual Bloomberg yang disiarkan beberapa hari yang lalu, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberitahu Najib bahawa jika lebih ramai yang keluar parti, BN akan kalah dalam pilihan raya umum yang akan datang. Ini bukanlah peringatan yang menenangkan untuk diterima di khalayak ramai – ia seumpama dirotan guru besar di khalayak ramai!

Najib bukan cuba mengawal kerosakkan, dia sudah hilang kawalan sama sekali


Penangkapan baru-baru ini terhadap Rafizi Ramli, Pengarah PKR Strategi, tidak boleh digambarkan sebagai satu usaha UMNO untuk mengawal kerosakan dengan apa jua cara. Ia adalah satu kesilapan BESAR dan ini jelas dari senyuman yang lebar di wajah Rafizi apabila dia didakwa. Betapa bodohnya mereka, fikir Rafizi pada ketika itu.

Dan Rafizi sememangnya tepat. Penangkapannya bukan sahaja tidak sesuai kerana ini bukan sahaja adalah bulan yang penuh berkat, iaitu Ramadan, tetapi terdapat tiga isu-isu lain yang masih belum diselesaikan dan akan memusnahkan apa jua tuntutan bermoral oleh Najib & Co.

Satu adalah kontroversi Kumpulan George Kent yang telah secara rasmi dianugerahkan projek LRT Ampang Tambahan, yang kedua ialah perletakan jawatan BN Sabah dan ketiga, kurangnya kemajuan sebenar dalam kes-kes mahkamah yang berkaitan dengan kejatuhan RM250 juta NFC.

Tambahan pula, penangkapan itu seolah-olah telah membangkitkan seluruh rakyat Malaysia untuk bertanya mengapa pemberi maklumat ditangkap dan bukan orang yang sebenarnya bersalah? Rafizi telah menjolok sarang tebuan tetapi daripada cuba untuk mengelakkan tebuan dari menyengat mereka yang terlibat, Rafizi ditahan. Tebuan dibenarkan untuk terus menyengat orang-orang yang terlibat dan cuai dan salah seorang daripada sasarannya adalah Najib.

Najib terkubur dan Dr M kembali


Najib akan lenyap, dan yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia dan UMNO, tidak ada seorang pun yang layak untuk mengambil alih kecuali Mahathir Mohamad.

Najib boleh dibenarkan untuk terus mengepalai UMNO tetapi akan dikawal oleh yang lain. Mahathir, si tukang karut utama, menarik tali dan Najib bergerak dari atas ke bawah, ke kiri dan kanan. Itulah sebabnya, berlaku dasar yang tidak selaras dan kekurangan polisi.

Sejak 3 tahun yang lalu selepas Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada April 2009, Malaysia telah dikawal secara ‘auto-pilot’ dalam semua hal - pentadbiran, sosial dan ekonomi. Tetapi ia tidak boleh terbang dengan lebih jauh tanpa juruterbang sebenar menerajuinya dan boleh terhempas pada bila-bila masa sahaja sekarang.

Tujuan utama adalah untuk memberi beberapa lagi pukulan kepada Najib dengan harapan agar Najib akan menyerahkan wasiat kepada tuan yang sebenar, walau apa jua keputusan PRU ke-13 nanti. Siapa lagi dalam UMNO yang boleh mengalahkan Najib jika bukan Mahathir?

Musuh yang paling berbahaya bagi Najib kini berada dalam UMNO, partinya sendiri, di mana dia adalah yang paling lemah. Semua bercita-cita untuk menggantikan dirinya. Ia jelas bahawa Najib hanya akan menyerahkan senarai calon ‘boleh menang’ yang amat berharga dan telah dijaga umpama nyawanya sendiri kepada Mahathir dan membiarkan Mahathir membuat keputusan muktamad. Pertama, Najib agak ragu-ragu untuk membuat sebarang kesimpulan dan kedua, dia boleh mengatakan 'TIDAK' kepada Dr M.

Tetapi dalam usahanya untuk membuat Najib menyerah kalah, Mahathir tidak dapat menahan diri dari memberi tamparan terakhir kepada UMNO Baru, parti yang ditubuhkan olehnya pada akhir 1980-an selepas mendaftarkan semula UMNO yang asal.

Mahathir juga tidak bijak seperti dulu. Dia sama ada sudah mengalah untuk membaiki kerosakan dalam UMNO atau dia lupa bahawa pembangkang sekarang sudah kuat - tidak lagi seperti di zaman pemerintahnnya dahulu.

Tetapi, kerana dia dikenali dengan mainan politik kejam dan kotor, Mahathir dalam usaha untuk mewujudkan satu laluan yang jelas untuk anaknya Mukhriz supaya menjadi perdana menteri di masa depan mungkin tidak mempunyai pilihan lain selain mengorbankan UMNO. Dia sanggup lakukan apa sahaja termasuk ini. Dia telah melakukannya dahulu dan dia berpendapat bahawa UMNO masih boleh bertahan.

Walau bagaimanapun, harga yang harus dibayarnya adalah lebih tinggi daripada tahun 1980-an, di mana dia mampu untuk menggembleng penuh kuasa jentera kerajaan untuk mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah yang naïf dan menjadi presiden UMNO.

Ya, kerana 'inflasi' ini, Mahathir perlu melihat lebih jauh daripada pergelutan UMNO Baru. Dia harus memikirkan secara serius untuk mempertimbangkan dan merancang kemungkinan UMNO menjadi pembangkang dan Najib Ketua Pembangkang dan dirinya, Ketua de facto Pembangkang, selepas PRU ke-13.

Malaysia Chronicle

Thursday 13 September 2012

Guru Akan Jadi Profesion Berprestij & Elit di Malaysia. Beban Guru Diringankan?

Nampaknya profesion guru terus menjadi pilihan utama golongan graduan baru. Kalau disemak semula kenyataan Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru baru ini-baru ini, Jemale Paiman, terdapat sekitar 70,000 permohonan menjadi guru pada tahun 2011 sedangkan hanya 5,000 sahaja diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan guru…Yang dapat 8A SPM sekarang ini belum tentu boleh dapat diterima masuk…
  1. Sekarang ini guru siswazah baru boleh menikmati gaji asas sekitar RM2,300 dan boleh menjana pendapatan sehingga RM2,500 dengan elaun.
  2. Sekarang ini sudah ada kenaikan pangkat guru secara time based di mana guru boleh menikmati peningkatan kerjaya dengan lebih cepat jika berjaya menunjukkan prestasi yang baik
  3. Guru sekarang ini yang dihantar ke kawasan pedalaman juga akan menerima Elaun Lokasi Mengikut Tahap Kesukaran (ELMTK). Ehem…Benarkah yang “berhak” menikmatinya? Mari semak video di bawah ini…….
(Mohon pihak berwajib menyemaknya)

Senarai Cadangan Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2025

  1. Dasar Pendidikan Negara Guru Akan Jadi Profesion Berprestij & Elit di Malaysia. Beban Guru Diringankan?Selepas ini hanya 30% antara siswazah paling cemerlang di negara ini daripada yang ramai-ramai memohon itu akan diterima masuk untuk bertugas sebagai guru. Ini semua dilakukan mahu menjamin kualiti yang ada untuk mengangkat guru sebagai profesion yang berprestij dan elit.
  2. Mulai 2013, beban guru dalam bidang pentadbiran akan diringankan bagi membolehkan mereka memberi fokus terhadap tugas mengajar. Contohnya, Sesetengah fungsi pentadbiran juga akan dipindah kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru khusus pentadbiran di peringkat sekolah
  3. Melaksanakan kemajuan kerja berasaskan kecekapan dan prestasi menjelang 2016, apabila guru diberi penilaian setiap tahun oleh pengetua masing-masing, dengan inputnya mungkin diberi rakan setugas mereka. Malah, guru paling baik mungkin dinaikkan pangkat daripada DG41 kepada DG54 dalam tempoh lebih cepat berbanding tempoh kenaikan pangkat purata sedia ada iaitu 25 tahun
  4. Guru yang sering mencatat prestasi rendah, walaupun sudah menerima sokongan tambahan, akan diberi tugas lain yang mempunyai kaitan dengan fungsi sekolah seperti pentadbiran, pegawai tatatertib atau pengurusan kokurikulum
Beban Guru Bertambah Guru Akan Jadi Profesion Berprestij & Elit di Malaysia. Beban Guru Diringankan?Kami sangat bersetuju jikalau hanya guru yang benar-benar berkualiti dan benar-benar berkelayakan sahaja dipilih. Jangan tangkap muat sahaja. Jatuh, bangun sesebuah negara terletak dan bergantung harap kepada kerangka dasar pendidikan negara yang berkualiti dan paling penting tidak hanya menjanjikan “bulan dan bintang” semata yang mana diharapkan pelaksanaanya juga sehebat cadangannya.

Cuma kami berharap cadangan untuk meringankan tugas guru menjadi kenyataan. Sebab dah selalu dah dengar cadangan seperti ini. Pokok pangkalnya buat dasar biarlah pelaksanaan benar-benar berkesan.
  • Kerja semakin overlap dan overlap. Contohnya?
  • Sekarang ada APDM, ada SMM tetapi kad 001 tidak dihapuskan pun
  • Sekarang ada SAPS, tetapi isi markah dalam buku rancanngan mengajar, buat analisis, isi markah offline tidak dihapuskan pun
  • Sekarang ada 1M1S, tetapi kokurikulum hari Rabu petang masih berjalan seperti dahulu juga
  • Sekarang ada PBS, tetapi PLBS kena buat juga
  • Guru-guru yang ada di sini ada yang nak tambah lagi?
Lagi satu kami dapati, kerajaan perlulah melengkapkan IPG/maktab dengan komputer terlebih dahulu. Sudah bertahun, kalau di universiti -universiti semua D54 D53 ke atas menerima laptop, D52 ke bawah dapat dekstop manakala pentadbir dapat ipad. Ini ada yang pensyarah gred DG52 pun tiada komputer? Macam mana nak lahirkan guru yang cemerlang jika kelengkapan asas pengajaran dan pembelajaran pun gagal disediakan? Itu tugas organisasi kerajaan menyediakannya.
Hutang Guru Sekolah Guru Akan Jadi Profesion Berprestij & Elit di Malaysia. Beban Guru Diringankan?Dan…..selain itu kerajaan haruslah memantau pantau sikap dan tahap keberhutangan para guru di Malaysia. Hutang yang banyak menyebabkan guru-guru buat kerja part time. Tak sampai matlamat juga walaupun standard kemasukan diperketatkan. Kalau tengok realiti dikebanyakan sekolah, hampir 2, 3 hari sekali ada sahaja yang datang “mengoda guru” dengan tawaran pinjaman, skim MLM, ataupun insurans sediaada. Bersepah flyers di blik guru sekolah.

Diharapkan guru besar/pengetua kena guna kuasa dan mempunyai pendirian untuk tegas dalam hal ini, pesan kepada jaga supaya tidak dibenarkan “kelompok” ini masuk pada waktu persekolahan. Jikalau Guru Besar yang jenis tegas, memang susah nak nampak ejen-ejen ini.

Dalam kita sibuk mahu memartabatkan profesion guru, kuasa guru semakin terhakis, nak rotan murid pun dah jadi susah sekarang ini. Apa kata guru-guru di sini? Tengoklah hasilnya, murid semakin kurang ajar
  • Ada yang berani secara terang-terang mahu melawan guru kalau ditegur (KLIK SINI). Tiada lagi istilah hormat dalam diri mereka kepada guru.
  • Dahulu jikalau mahu dibandingkan, kurang sangat kita mendengar kes-kes seperti ini. Sekarang ini disiplin murid dilihat semakin merosot. Inilah realiti yang berlaku sekarang ini. Rasanya ramai guru yang sudah menyedari tentang hal ini.
  • Tetapi malangnya,  zaman sekarang sukar untuk bertindak, guru perlu berlembut tetapi murid dan pelajar pula sudah “tidak makan saman”. Nak rotan dah tidak boleh. Ibubapa pula ada yang terlalu menjakan nak mereka, contohnya kes ini. Setakat dengan mulut sahaja? Boleh jalan? Ada murid boleh dengar tetapi ada murid yang cukup degil untuk mendengar nasihat. Hasilnya? Jadilah kelak “Anakku Sazali”.
Cuma apa yang kami harapkan setakat ini bukan sekadar atas kertas sahaja. Itu sahaja. Sebab “sejarah di Malaysia” pernah membuktikan, banyak dasar dan program menjadi gajah putih dan bertambah teruk apabila bertukar menteri. Guru dan murid -murid acapkali menjadi bahan eksperimen.


Ibrahim Ali ramal PRU 13 selepas Tahun Baru Cina | Beliau akan bertandi ng kawasan..



KUALA LUMPUR, 13 Sept — Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali meramalkan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke 13 selepas Tahun Baru Cina untuk memanfaatkan perayaan tersebut bagi memenangi kembali undi masyarakat cina kepada Barisan Nasional (BN).

Parti pemerintah hilang hampir semua undi dari masyarakat Cina pada PRU 2008 dengan parti Cina mereka seperti MCA dan Gerakan – kalah di kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN). Perkasa yang majoriti ahlinya terdiri dari ahli Umno, dilihat mencetuskan ketegangan apabila bersuara mengenai hak Melayu dan mendesak kerajaan agar memberikan lebih banyak peluang perniagaan kepada orang-orang Melayu.

Perkasa diserang kerana dikatakan tidak sensitif kepada budaya masyarakat Cina apabila memberikan angpow dalam sampul berwarna putih.

Sampul putih kebiasaannya digunakan untuk upacara pengebumian masyarakat Cina.

Ibrahim walaubagaimanapun bertegas beliau benar-benar tidak tahu tentang budaya itu.

“Sekarang pulak, kerajaan Datuk Najib benar-benar fokus untuk memenangi undi masyarakat Cina, sudah tentulah perayaan Tahun Baru Cina boleh dimanfaatkan dengan pelbagai program seperti rumah terbuka dan sebagainya jadi dalam bulan dualah.

 “Saya tetap dengan pandangan saya, ramalan saya bahawa pilihan raya akan diadakan selepas raya Cina, tahun 2013.

Menurut Ibrahim, PM tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya memandangkan belanjawan juga hanya akan dibentangkan pada 28 September.

“Pertama, tidak ada keperluan untuk Datuk Najib mengadakan pilihan
raya tergesa-gesa pada bulan November.

“Kerana fokus dia terhadap beberapa perkara masih belum lagi selesai, contohnya bajet.

“Tentu bajet kali ini, dia nak bentang bukan sahaja yang bagus kerana pilihan raya nak datang, tetapi dia nak tengok jugak selepas dia bentang tu, ada kesempatan masa untuk rakyat merasai bahawa bajet itu betul-betul bagus.

“He need time after presented the budget (beliau perlu masa selepas membentangkan bajet),” kata Ibrahim dalam sebuah wawancara eksklusif kepada The Malaysian Insider Isnin lalu.

Presiden Perkasa itu juga mengatakan tak lojik pilihan raya diadakan November ini kerana umat Islam baru pulang mengerjakan haji, bulan peperiksaan bagi pelajar sekolah dan musim tengkujuh.

“Saya dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) ada kerja-kerja administratif yang belum selesai, perlukan lebih masa.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini bahawa BN mensasarkan untuk mengadakan pilihan raya mengejut pada bulan November, 60 hari selepas Bajet 2013 dibentangkan, sejurus selepas Najib dalam satu majlis memberikan isyarat dengan mengulangi perkataan 11, yang mana merupakan nombor kegemarannya.

Menurut Ibrahim, PKR yang tergesa-gesa mahukan pilihan raya diadakan oleh kerana ketua umumnya tidak sabar untuk menjadi perdana menteri (PM).

Ibrahim aktif dalam politik Malaysia semenjak dari zaman mahasiswa pada tahun 1970an dan terlibat dalam banyak peristiwa besar politik negara seperti darurat di Kelantan pada tahun 1978, perpecahan Umno dan penubuhan Parti Melayu Semangat 46 pada pilihan raya 1990 dan pemecatan Anwar dari kabinet dan Umno pada tahun 1998.

Ibrahim ditahan dibawah akta keselamatan dalam negeri (ISA) pada tahun 1974 oleh kerana aktif dengan gerakan mahasiswa ketika memimpin Kesatuan Siswa Institut Teknologi Mara (KSITM) dan tinggal di Kem Tahanan Kamunting, dua tahun bersama ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang kini anti kepada Anwar berkata, “Tapi saya tak nampak langsung (Anwar jadi PM), sebab dia ni, kita ni tak boleh nak mengatasi ketentuan Allah.

“Tetapi oleh kerana dia ni pernah hampir jadi PM masa jadi timbalan Dr Mahathir (Tun) dulu, tak menjadi dan kena pecat dan macam-macam perkara berlaku, pada saya, kalau ikut lojik akal, peluang dia sudah terlepas.

“Dia tersingkir dahulu kerana ketentuan Allah yang mana, jawatan PM itu sudah dibibirnya, selepas itu dia terjatuh,” katanya lagi.

Pada pilihan raya 2008, Ibrahim Ali memenangi kerusi parlimen Pasir Mas dibawah tiket PAS.

Walaubagaimanapun tidak beberapa lama selepas itu, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai ahli parlimen bebas dan menubuhkan NGO yang digelar Perkasa.

Perkasa aktif dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan seringkali mengkritik Pakatan Rakyat (PR) – gabungan PKR, PAS dan DAP yang dikatakana menggugat kepentingan bangsa Melayu dan bumiputera sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan.

Kehadiran Perkasa tidak disenangi oleh sesetengah pihak terutamanya dari PR yang menggangap pertubuhan tersebut sebagai perkauman dan tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum./~TMI

Wednesday 12 September 2012

Video Baru Tersebar, Sah Anwar Ibrahim.

Kali ni memang kita boleh sahkan memang Anwar Ibrahim lah lelaki dalam video tersebut.

tengok video bawah nei, lepas tengok korang boleh pilih sendiri la pemimpin macam mana korang nak... yang baik ke yang tak berapa baik, yang layak jadi pemimpin ke yang pandai bercakap je tapi sendiri tak paham apa dia cakap tu..
Amacam.... najib boleh buat tak?... ke najib boleh buat macam video bawah nei je?.. kah..kah..kah

Krisis Najib-Muhyiddin: Khabar Angin Yang Bakal Menjadi Realiti

Jika dilihat kehadiran Najib bersama Muhyiddin di majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan semalam, seolah-olah tidak ada apa-apa masalah antara mereka berdua. Perdana Menteri dan timbalannya ini bagaikan gandingan erat yang sentiasa seia sekata serta sehati sejiwa.

Tetapi beberapa minggu sebelum itu, bertaburan poster-poster di Johor yang mahukan Muhyiddin sebagai PM sebelum PRU 13 ini bagi menyelamatkan UMNO dan BN berikutan Najib dilihat masih gagal untuk menarik sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.

Meskipun UMNO Johor dan UMNO Pagoh menafikan poster itu diterbitkan oleh mereka dan menyifatkan ianya taktik pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merenggangkan hubungan kedua pemimpin itu, hakikatnya jika pun wujud masalah antara Najib dan Muhyiddin, ia juga bukanlah sesuatu yang pelik dan di luar kebiasaan.

Selain watak dan pendekatan keduanya jelas berbeza, mereka juga berbeza pendapat dalam beberapa isu. Dalam Akta Keterangan yang baru diluluskan misalnya, suatu ketika Najib setuju ia dikaji semula setelah adanya pelbagai bantahan tetapi Muhyiddin mempertahankannya, termasuk bertindak memanggil dua timbalan menteri yang sebelum itu agak keras membantah akta itu.

Beberapa lama sebelum itu, di ketika Najib bangga dengan 1Malaysianya, Muhyiddin pula tetap meletakkan dirinya sebagai Melayu dahulu, kemudian baru diikuti sebagai rakyat Malaysia. Pendekatan yang jelas amat bertentangan dengan 1Malaysia.

Dalam beberapa isu lainnya pula, Muhyiddin juga dilihat tidak berapa bersungguh mempertahankan Najib seperti yang dapat dilihat dalam isu remaja menayang punggung dan memijak gambar Najib.

Sementara dalam UMNO pula, suara-suara yang merasakan Najib lebih sesuai memimpin UMNO dan kerajaan dalam suasana politik kritikal seperti sekarang ini sudah lama kedengaran. Najib, dengan watak sebagai anak bangsawan dilihat hanya sesuai menjadi pemimpin UMNO di ketika parti itu tidak bermasalah dan rakyat tidak berpecah.

Dalam keadaan UMNO berjuang antara hidup dan mati, UMNO tentunya memerlukan pemimpin yang tegas, berani dan kurang retorik. Muhyiddin sebaliknya telah terbukti berjaya menangani krisis UMNO Johor dan perpecahan Melayu ketika menjadi Menteri Besar Johor berikutan perletakan jawatan Musa Hitam pada 1986 dulu. Najib tidak ada rekod seperti itu dan baru disedari oleh banyak pihak beliau tidak sesuai menjadi pemimpin ketika ini.

Bertompoknya masalah dan isu yang tidak selesai sekarang ini sebahagaiannya adalah kerana daya kepimpinan Najib yang dilihat lemah, tidak tegas, tiada keberanian serta kurang kebijaksanaan.

Saya sendiri sudah mendengar perkara ini diperbualkan di kalangan ahli dan pimpinan UMNO pelbagai peringkat sudah lama dan sudah pun menulisnya dalam buku Kesilapan-Kesilapan Najib dan Asalkan Bukan Najib sebelum ini. Hakikatnya arus yang berkehendakan Muhyiddin berbanding Najib adalah sesuatu yang benar dan nyata.

Lebih dari itu, dalam sejarah perjalanan politik UMNO pula, krisis atau hubungan tak sebulu antara PM dan timbalannya bukanlah perkara yang pelik. Ia sudah kerap berlaku. Tun Mahathir berbalah dengan Musa Hitam, kemudian melantik Ghafar Baba sebagai pengganti tetapi kemudiannya merestui Ghafar Baba disingkirkan oleh Anwar. Mahathir kemudiannya berbalah dengan Anwar sehingga memecatnya walaupun sehari sebelum itu, pada 1 September 1998, keduanya dilihat begitu mesra ketika Mahathir mengumumkan tentang langkah kawalan mata wang negara.

Kemesraan Mahathir dan Anwar ketika itu tidak jauh bezanya dengan kemesraan Najib dan Muhyiddin di majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan semalam.

Mahathir hanya tidak berbalah ketika Pak Lah menjadi timbalannya tetapi setelah Pak Lah menjadi PM dan Mahathir terus mengganggu-gugatnya, perbalahan mereka akhirnya berterusan hingga kini.

Pak Lah dengan Najib pula tidak terlihat krisisnya tetapi apabila gelombang penolakan semakin kuat terhadap Pak Lah, Najib juga akhirnya menjadi tidak sabar untuk segera menjadi Perdana Menteri.

Yang jelasnya, kerenggangan hubungan antara pemimpin nombor satu dengan pemimpin nombor dua bukanlah sesuatu yang janggal dan di luar kebiasaan. Apatah lagi dalam kes Najib dan Muhyiddin ini, selain beberapa perbezaan yang ketara dapat dilihat, Muhyiddin juga diketahui sebagai pemimpin yang bercita-cita tinggi dan tidak pernah menyatakan rasa puas hati sekadar menjadi orang nombor saja.

Selain itu, para penyokong Muhyiddin pula tentunya tidak pernah pudar keinginannya untuk melihat boss mereka itu menjadi Perdana Menteri pula.

Krisis Najib dab Muhyiddin ini boleh meletus bila-bila masa saja. Jika ianya dapat ditutup erat sebelum pilihanraya ini, ia mungkin sukar dipertahankan selepas keputusan pilihanraya nanti. Lebih-lebih lagi jika keputusan itu nanti tidak sebaik yang diharapkan.

Yang menariknya dalam kes Najib dan Muhyiddin ini, kedua-dua mereka tidak pernah memberi komen mengenainya. Berbeza dengan Mahathir dulu, semua krisis dengan timbalannya dinafikannya tetapi akhirnya semua menjadi kenyataan.

Semua krisis itu pula bermula dengan khabar angin dan cakap-cakap orang bawahan. Namun terbukti kebanyakan peristiwa politik sememangnya bermula dengan khabar angin. Ini kerana kadang-kadang khabar angin itu sengaja dicipta untuk menjadikan ia kenyataan yang tidak terlalu mengejutkan suatu hari nanti.

Jika dulu ada pepatah, takkan pokok bergoyang tanpa angin tetapi pokok juga sebenarnya bergoyang jika ada kera yang sengaja menggoyangnya. Tambah pula dalam politik, kera boleh diupah untuk menggoyang pokok.

Krisis dan perbalahan antara pemimpin nombor satu dan pemimpin nombor dua secara realitinya memang sukar dielakkan kerana meskipun keduanya saling melengkapi dan perlu memerlukan antara satu sama lain, mereka sebenarnya hanya bersahabat dalam berpolitik tetapi sentiasa bermusuh dalam kuasa.

-http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Cara ****** membogelkan perempuan

Syaitan sangat tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana itulah syaitan selalu berusaha menggoda manusia agar tergelincir dari jalan Allah. Dalam menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi. Dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su '). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah.

Salah satu sebab kehancuran umat manusia adalah kerana hubungan lawan jenis yang tidak sah. Dan sebelum terjadinya hubungan ini, biasanya didahului dengan saling memandang, saling tertarik, lalu saling bertemu, dan selanjutnya saling bermaksiat. Untuk menjayakan terjadinya proses kemaksiatan inilah syaitan berusaha melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Lepasnya hijab muslimah merupakan jalan licin yang mudah menggelincirkan manusia dari ketaatan kepada Allah.

Ini adalah tahap-tahap yang digunakan oleh syaitan dalam melepas pakaian muslimah:

1. Menghilangkan Definasi Hijab.
Pada tahap ini, syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'ie. Pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.

Akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah utk pakaian ikut berganti juga. Demikianlah pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus baginya untuk menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, walau apa pun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar'ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bukan sekadar gaya (fashion). Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar'ie akan tetap dipertahankan.

Pertama: Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak mengapa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?" Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Lihat ... tiada apa-apa, kan?"

Kedua: Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. "

Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang
Seterusnya syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya biasa-biasa saja .. bagaimana kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus?". Si wanita berfikir sejenak. Pakaian yang macam mana ya? "Banyak fashion dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita. Dicarinya model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparant. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan model nya saja yg agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menambah. Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparant, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).

Keempat: Agak dibuka Sedikit
Setelah para wanita muslimah memakai pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasa, dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisikkan kepada wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat anda susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik. " Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar, dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan selesa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya .... tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy," katanya.

2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit.
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak praktikal, kalau hanya dgn membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar ... Oh ya, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, asal orang tetap menamakannya dengan tudung. "
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fashion pakaian yang dimaksudkan. Tidak ketinggalan sandal tumit tinggi,  apabila berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg anda lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fashion lain yg lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terbuka, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fashion baru yang terbuka hingga separuh betis. "

Ketiga: Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Kadang-kadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya. "

"Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" . "Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak duduk di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, mereka malah senang dan mengatakan 'ooh' atau 'wow'. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fashion pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang di jual di butik, membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman. "

3. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasakan biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yg lain.

"Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini model skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tidak ketinggalan pakaian pendek separuh paha pun dia ada. Model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. Mereka semua memakai pakaian yg sering disebut "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya "Membogelkan Kaum Wanita" tercapai.

"Seterusnya terserah kamu wahai wanita, kamu semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat awam. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kamu sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu" kata syaitan, tidak mahu mengambil risiko.

Demikianlah halusnya cara yg digunakan syaitan, sehngga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.-DI
Wallahu a'lam bisshawab.



-sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers