PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday 25 August 2012

PARLIMEN AKAN DI BUBARKAN DALAM MASA TERDEKAT !... Dari sumber yang boleh dipercayai

Ada maklumat dari sumber yg boleh dipercayai, parlimen akan dibubarkan dlm masa terdekat. Arahan telah dikeluarkan kpd menteri kabinet, khususnya Komponen BN agar siap sedia. Perisik BN dari SB, Military dan survey yg dibuat ini masa yg sesuai. Laporan telah dihantar kpd Majlis Keselamatan Negara.

Ikut laporan, sokongan Cina kpd Najib meningkat manakala melayu kekal pada tahap sekarang. Yang menariknya kata maklumat ini, usaha pecah belah PAS-DAP melalui isu hudud mula berhasil. Watak penting spt Ust Nasharudin Mat Isa, Karpal Singh dan beberapa kepimpinan PAS akan terus di eksploitasikan.

Lepas ini beberapa tokoh ulama spt Mufti, Ust Fathul Bari, Ulama yg kononnya bebas politik, tok guru pondok dll akan diheret secara agresif dlm isu hudud. BN perlukan lonjakan 5% lagi sokongan melayu utk kekal memerintah.

Saya dedahkan maklumat ini agar semua jentera parti bersiap sedia. Buka Bilik Gerakan dari cuti hariraya. Perkukuh kerjasama PR utk tolak propaganda yg kita sedang berpecah. Perbanyak Open House dan jemput seramai mungkin rakan taulan semua kaum.

Kalau boleh buat Open House atas nama Pakatan Rakyat. Promosi balik Buku Jingga dan Dokumen Negara Berkebajikan. Tingkatkan info isu2 utama spt NFC, FGVH, PTPTN, rasuah, penyelewengan dll.

Tutup mulut dari isu kontroversi. Fokus kpd usaha memenangi hati pengundi. Umumnya rakyat nak buat perubahan PRU kali ini. Namun, kemelut isu2 tertentu boleh menjejaskan keyakinan pengundi kpd PR.

PAKATAN RAKYAT lwn BARISAN NASIONAL. Bukan sesama sendiri....

 
Photo: PARLIMEN AKAN DI BUBARKAN?

Ada maklumat dari sumber yg boleh dipercayai, parlimen akan dibubarkan dlm masa terdekat. Arahan telah dikeluarkan kpd menteri kabinet, khususnya Komponen BN agar siap sedia. Perisik BN dari SB, Military dan survey yg dibuat ini masa yg sesuai. Laporan telah dihantar kpd Majlis Keselamatan Negara.

Ikut laporan, sokongan Cina kpd Najib meningkat manakala melayu kekal pada tahap sekarang. Yang menariknya kata maklumat ini, usaha pecah belah PAS-DAP melalui isu hudud mula berhasil. Watak penting spt Ust Nasharudin Mat Isa, Karpal Singh dan beberapa kepimpinan PAS akan terus di eksploitasikan.

Lepas ini beberapa tokoh ulama spt Mufti, Ust Fathul Bari, Ulama yg kononnya bebas politik, tok guru pondok dll akan diheret secara agresif dlm isu hudud. BN perlukan lonjakan 5% lagi sokongan melayu utk kekal memerintah.

Saya dedahkan maklumat ini agar semua jentera parti bersiap sedia. Buka Bilik Gerakan dari cuti hariraya. Perkukuh kerjasama PR utk tolak propaganda yg kita sedang berpecah. Perbanyak Open House dan jemput seramai mungkin rakan taulan semua kaum.

Kalau boleh buat Open House atas nama Pakatan Rakyat. Promosi balik Buku Jingga dan Dokumen Negara Berkebajikan. Tingkatkan info isu2 utama spt NFC, FGVH, PTPTN, rasuah, penyelewengan dll.

Tutup mulut dari isu kontroversi. Fokus kpd usaha memenangi hati pengundi. Umumnya rakyat nak buat perubahan PRU kali ini. Namun, kemelut isu2 tertentu boleh menjejaskan keyakinan pengundi kpd PR.

PAKATAN RAKYAT lwn BARISAN NASIONAL. Bukan sesama sendiri.... 
 

Friday 24 August 2012

Penipuan Tahap ‘Gaban’, Mamat Ni Mengaku Doktor Bedah, Siap Masuk TV3! - (Video inside)

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki sanggup mendakwa dirinya sebagai doktor pakar bedah bagi meminta derma daripada orang ramai untuk membantu mangsa perang di beberapa buah negara.

Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan mendapat pendidikan di Sekolah Perubatan dan Pergigian King’s College London, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Peking dan Royal College of Surgeons of England sebelum menjadi doktor bedah trauma dan bertugas dalam kawasan yang diancam peperangan.

Dia kemudiannya menulis sebuah buku autobiografi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat di Haiti, Libya, Nicaragua, Somalia, Afghanistan dan beberapa negara lain.

Buku yang berharga RM50 itu berjaya meraih simpati orang ramai untuk menderma bagi membeli ubat kepada mangsa peperangan dan bencana alam melalui akaun peribadinya.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil laporan tersebut, dia bersama empat peguam menjalankan penyelidikan ke atas buku dan lelaki yang mendakwa dirinya doktor pakar bedah.

Menurutnya, nama lelaki tersebut didapati tidak diiktiraf sebagai doktor oleh Persatuan Perubatan Malaysia.
“Untuk menjadi seorang pakar memerlukan masa lebih kurang lapan hingga 10 tahun tetapi mustahil bagi pemuda ini untuk bergelar pakar dalam usia muda,” katanya pada sidang media di Bangunan MCA, Ampang, di sini, semalam.

Chong berkata, selepas mendapati kegiatannya disedari, lelaki tersebut memohon maaf melalui akaun Facebooknya pada 14 Ogos lalu dan akan memulangkan RM38,099 sumbangan yang telah diberikan kepadanya.

Menurut Chong, pihaknya mendapati, doktor palsu tersebut telah menerima RM48,792 sumbangan di Melaka yang terimanya pada April lalu.

“Jumlah ini bertentangan dengan yang diberitahunya sebelum ini, dan mahu polis menyiasat kes ini kerana menipu,” katanya.

Beliau berkata, empat laporan melibatkan penipuan doktor bedah palsu tersebut telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat lalu, bagi tindakan selanjutnya.

Chong berkata, lelaki tersebut pernah mendapat liputan meluas daripada media tempatan kerana menjadi pakar bedah termuda dan menghulurkan kepakarannya di negara yang bergolak dan dilanda bencana.

(SINAR HARIAN)


-mynewshub

‘Pot’ Disko Paling Ramai Budak Melayu Di KL Dah 18 Kali Diserbu

Facebook PDRM melaporkan bagi tempoh Januari sehingga Julai 2012, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah menjalankan sebanyak (18) serbuan secara bersepadu terhadap premis-premis hiburan di kawasan berkenaan dan (17) tangkapan terhadap individu yang melakukan pelbagai kesalahan.

Tindakan juga telah diambil ke atas premis-premis hiburan yang melanggar peraturan membabitkan (5) kes tiada lesen, (7) kes operasi lebih masa, (1) kes lesen tamat tempoh dan (1) kes membenarkan pelanggan bawah umur masuk pusat hiburan yang dituduh mengikut Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur )1992.

Berkaitan dengan isu pergaduhan pada 15hb Jun 2012, semakan mendapati tiada laporan polis diterima atau dibuat berhubung kejadian tersebut.

Pihak Polis akan sentiasa bertindak pantas mengikut ’respon times’ yang ditetapkan sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah.

Kereta Peronda Polis (MPV) juga sentiasa melakukan rondaan kerap atau berkala di kawasan berkenaan.
Demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam terkawal usaha membanteras jenayah dan dadah akan terus dijalankan dari masa ke semasa dengan membuat pemantauan dan tangkapan di kawasan berkenaan.

-mynewshub

Selamat Pengantin Baru buat Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal

Selamat Pengantin Baru buat Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal yang baru sahaja melafazkan akad nikah semalam. Tiada siaran langsung, tiada acara liputan besar²an. Alhamdulillah. Al-Fadhil Ustaz Don kata, "Saya hanya bersederhana. Yang penting ialah pengisian selepas kahwin". Jom doakan kebahagiaan Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Biyajid dan Puan Husna Zahry Rafie.

"Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair". Maksudnya, "Semoga Allah s.w.t memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan."



-sumber: FB

Mahathir takut Anwar dan Pakatan ganti BN PRU 13

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Tun Dr Mahathir Mohamad dibayangi ketakutan melampau terhadap seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang manakala Pakatan Rakyat pula diangkat menggantikan Kerajaan Persekutuan.

“Melihatkan sikap Mahathir ini, sebenarnya beliau dibayangi ketakutan (paranoid) terhadap Anwar. Sebab itu beliau terpaksa menggunakan ideologinya sehingga sanggup menyamakan Anwar dengan Obama.

“Satu perkara yang perlu dijelaskan adalah Obama sudah dipilih jadi Presiden. Adakah kerana Mahathir cemburu melihat dasar Obama lebih baik daripada kawan ‘baiknya’ George W Bush,” kata Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri itu menyamakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Shamsul berkata, Mahathir perlu sedar kezaliman beliau semasa pentadbirannya kerana menganiaya rakyat dan hanya menabur janji-janji kosong.

“Kalau ikutkan, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri paling zalim yang disaksikan rakyat sepanjang 22 tahun memerintah.

“Imbas kembali bagaimana beliau jadi Perdana Menteri, tidak ubah seperti pemimpin kuku besi Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Presiden Tunisia, Ben Ali,” katanya.

Mahathir nyanyuk

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan, Mahathir sudah nyanyuk dan sebab itu beliau mengeluarkan kenyataan terdesak seumpama itu.

“Dr Mahathir nyanyuk kerana menyamakan Anwar bukan Perdana Menteri, beliau adalah Ketua Pembangkang. Kalau nak tahu boleh tunai janji atau tidak maknanya kena bagi mandat kepada beliau jadi Perdana Menteri dulu.

“Lagi satu Mahathir lupa kerana zaman pentadbiran Obama, peperangan dunia sudah tidak seteruk zaman George Bush,” katanya.

Mahathir juga diingatkan jangan terlalu ghairah menunding jari memburukkan orang lain sedangkan beliau sendiri hidup menganiayai rakyat.

“Kalau Mahathir pertikaikan apa janji tidak ditunaikannya, kita pula tanya apa janji yang beliau tunai selama 22 tahun jadi Perdana Menteri.

“Adakah janji beliau hanya sekadar mengkayakan kroni dan anak-anaknya sahaja. Beliau juga dulu berjanji mahu kayakan golongan Bumiputera dengan memilih Tajuddin Ramli, Pengerusi Eksekutif (CEO) syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), tapi tengok di mana Tajuddin sekarang?

“Sebaliknya beliau hanya kayakan syarikat kroni seperti YTL dan Anandan Krishnan pula,” kata Johari.

-sumber

Kemaluan Lelaki Ini Dilarikan Pencuri

Fei Lin, 41, seorang penduduk Niqiao, kampung di wilayah Zhejiang China, sedang nyenyak tidur apabila pencuri memecah masuk ke biliknya.

“Mereka meletakkan sesuatu di atas kepala saya dan menarik seluar saya, dan kemudian mereka melarikan diri,” kata Lin. “Saya begitu terkejut, saya tidak berasa sesuatu. Kemudian saya melihat diri saya berdarah, dan zakar saya telah hilang.

“ Polis tempatan percaya bahawa penyerangnya mungkin lelaki lain yang cemburu kerana Lin mempunyai hubungan dengan wanita tertentu. Walau bagaimanapun, Lin berkata bahawa dia tidak mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Polis telah cuba mencari bahagian yang hilang itu, tetapi tidak berhasil. Malah pencuri terbabit sudah tidak dapat dikesan, tetapi polis berkata mereka masih berterusan memburu.

UMNO/BN = SYAITAN YANG DIKENALI???- Madey

Jom baca ulasan dari 2 orang bekas vateran dan blogger Umno:

1. Aspan Alias - "Wahai TDM, Iblis dan syaitan itu adalah musuh kita yang nyata" (http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/08/iblis-dan-syaitan-itu-adalah-musuh-umat.html)

2. Sakmangkol - "Kalau BN adalah Parti Syaitan, maka UMNO mestilah Iblis" (http://sakmongkol.blogspot.com/2012/08/kalau-bn-adalah-parti-syaitan-maka-umno.html)



-sumber: FB

Thursday 23 August 2012

PANAS! : Pendedahan Azwan Ali Tentang Najib


Azwan Bakal Dedahkan Kenyataan Ummi Pasal Najib
 

Tiba-tiba ‘timeline’ laman sosial Twitter penulis penuh dengan ‘tweet’ Azwan Ali.

Rupa-rupanya, selebriti ‘panas’ yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Ramadhan lalu tengah ‘naik angin’ dengan sebuah stesen televisyen.

Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan Azwan menerusi Twitter miliknya, dia mengatakan stesen televisyen tersebut seperti sengaja memporak-perandakan keluarganya.

Bagi penulis, itu hak Azwan untuk memberi sebarang kenyataan kerana itu melibatkan keluarganya.

Selepas beberapa minit kemudian, ‘timeline’ penulis dikejutkan dengan tweet Azwan yang berbau sedikit berunsur politik.

Azwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan ‘sesuatu’  selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.

Memetik kenyataan menerusi akaun Twitter milik Azwan, dia akan mendedahkan kenyataan adiknya, Ummi Hafilda berkenaan Najib pada petang 4 Mei lalu di rumah ibu mereka, Hajah Che Tom.

Kenapa perkara tersebut perlu di canang selepas parlimen dibubarkan dan bukan sekarang?
Nampaknya, pergeseran dalaman keluarga mereka semakin ‘hangat’.

Namun, ramai yang sedia maklum bahawa Azwan merupakan artis yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan tidak menjadi pelik jika isu sebegini timbul.

Penulis sangkakan isu antara Ummi dan Azwan sudah selesai setelah mereka berdamai tempoh hari.

Rupanya tidak!

Sebelum ini, Azwan telah memohon maaf kepada Ummi pada 18 Januari 2012 setelah dia mengugut untuk membunuh dan membakar Ummi menerusi kenyataan twitter miliknya.

Apa-apa pun, penulis akan meminta maklumbalas dari Ummi Hafilda dan Azwan Ali berkenaan isu tersebut.

Jangan pula kali ini Azwan akan membuat kenyataan seperti dahulu yang mengatakan dirinya telah dihasut oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersirat.


Oleh: HK-74/mynewshub

PPerempuan Ini Ditelanjang Dan Dipukul Orang Ramai

Alejandra Maria Torres duduk di sebuah jalan berlumuran darah setelah dipukuli, disiram dengan minyak dan dibakar selama di Guatemala City. Ditelanjangi sampai pinggang, dia memohon belas kasihan kerana dia dipukul dengan kejam oleh orang awam di tengah jalan.

Maria Torres adalah sebahagian dari geng bersenjata yang cuba merampok penumpang bas di Guatemala City.

Tetapi ketika ia cuba untuk melarikan diri dari penumpang dia tertangkap dan ditelanjangi, dipukuli dan sebelum disiram dengan minyak dan membakarnya .

Polis memadamkan api dan menangkap dia. Tiga Temannya melarikan diri di Guatemala City.

Hukuman daripada orang ramai sering terjadi di Guatemala. Pada tahun lalu, orang ramai telah menyerang lebih dari 250 orang, setidaknya 40 orang telah meninggal dunia.

Penumpang bas umum menuduh Torres dan tiga orang, yang melarikan diri dengan berjalan kaki, dalam perompakan bersenjata

Penjahat adalah sasaran paling sering dihukum oleh orang ramai tapi kadang-kadang mereka juga menjtuhi hukuman kepada pegawai, termasuk hakim yang mengeluarkan keputusan kes pemerkosaan yang dianggap oleh masyarakat tidak adil.

Hukuman orang ramai berasal dari perang sivil dari 1960-1996 .Kebanyakan mereka dari petani.

sumber: 2dayblogger.com

Wednesday 22 August 2012

Stephanie Hancox ini bakal menjadi isteri Ketua Agama Negeri?

Baca sini utk keterangan lanjut

Bernikah Di Masjid Tayang Tali Bra – Pengantin Sanggap Ke?

Ada sesiap yang tahu tak gambar di mana dan bila ni?

Pelik tak cara berpakaian pengantin perempuan tu?

Ingat kahwin kat gereja ke?

Agaknya tok kadi kalau perasan dan jenis cakap lepas, mahu berkilo-kilo jugak taskirah pra-perkahwinan yang diberikan.

Namun, cakap apa pun tak guna kot, kalau akal jenis ni. Ini tak benda yang tak payah ajar patutnya kalau Islam tu dah otomatik tahu.

Takkan pemahaman tu setakat rambut aje wajib tutup yang lain takpe?

Masalahnya…bebudak kita tu kekadang nak sangat jadi mat salleh, sampai lupa asal usul dan agama yang dianuti.

Sebab itu dah ada kelompok remaja Islam yang begitu asyik menyambut Krismas daripada berpuasa dan menyambut raya.

Konon nampak moden la. Pemikiran bodoh.

Nasib jumlahnya tak ramai.

Inilah contoh pemikiran yang ada, nak sangat jadi American, sedangkan asal usul mungkin Batang Berjuntai, Kuala Selangor aje kot!

Oleh: AK-47/mynewshub

Tuesday 21 August 2012

Kisah Benar!: Mayat Mahu Dikebumikan Hidup Semula (Video Inside)

Kejadian Yg menggemparkan sudah dikubur ternyata masih hidup.
 kejadian ini nyata dan terjadi di Kalimantan Selatan.
Allah maha besar tidak satupun manusia yang dapat menentukan mati hidup seseorang....

Monday 20 August 2012

PERBANDINGAN DAP VS UMNO..NAK SOKONG SAPA..????

bagus la umno...semua tanda boleh tick betul....

DAP dpt satu je betul , yg len pangkah....
aku nk sokong umno lah camni...

Oleh itu aku sokong sgt2 umno ditumbangkan,dihapuskan dan dijadikan Muzium Sejarah sebgai pengajaran bahawa umno ialah satu parti yg jahat zalim dan semua yg sekategori dgn itu.

PAS + UMNO = Laksana HUDUD : Angan-angan Dr Mahathir itu ibarat 'pungguk rindukan bulan'

Oleh: Aspan Alias

Dr Mahathir Mohammad dalam kenyataan terakhir beliau meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bercantum dengan UMNO untuk melaksanakan hukum hudud bersama-sama. Pandangan terakhir Mahathir yang sentiasa berubah mengikut keadaan itu, merupakan satu pandangan yang sangat susah bagi sesiapa yang berfikiran tenang dan baik untuk mempercayainya.

Mahathir begitu jelas sebagai penentang hukum  dan beliau pernah berkata pada suatu ketika dahulu yang hudud itu merupakan satu undang-undang yang zalim. Dr Mahathir memberikan alasan yang ada parti dalam Pakatan Rakyat tidak mahukan undang-undang hudud tetapi Dr Mahathir tidak pula mengaku bahawa rakan kongsinya MCA adalah parti yang sesungguhnya menentang hudud dengan keras dan lantang.

Tidak hairanlah jika MCA bersikap begitu kerana ahli-ahli dan pemimpinnya adalah dari kaum bukan Islam. Tetapi yang lebih malang lagi UMNO jugalah yang menyekat perlaksanaan hudud itu dan Mahathir tidak setuju dengan ‘enactment’ tentang hudud yang di luluskan oleh DUN Kelantan pada tahun 1991 dahulu. Dr Mahathir ini pelupa orangnya kerana beliaulah yang mempersendakan hukum Islam (hudud) itu secara  terang-terangan ketika dahulu.

Beliau tahu apa-apa hukum sekali pun yang di luuskan oleh dewan Undangan Negeri, ia tidak akan dapat dilaksanakan jika dicegah dan digagalkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ajakan Dr Mahathir supaya PAS menyertai UMNO dan melaksanakan hukum hudud bersama-sama itu merupakan satu helah beliau untuk mencari jalan untuk UMNO terus di dalam kuasa.

Tidak dapat di sangkal lagi PAS dan DAP jika kekal kerjasama sama mereka, UMNO sudah hampir terlalu pasti akan sampai kepenghujung nyawanya dan akan hanya wujud dalam sejarah sahaja. UMNO hanya menunggu pilihanraya sahaja untuk di sahkan secara resmi sebagai parti yang pada hakikatnya sudah tidak diterima rakyat lagi.

Saya selalu berkata perpaduan rakyat akan hanya terjadi jika mereka (rakyat) bersatu di luar BN. Seperti ilmu matametik, formula sangat penting untuk mencari jawapan yang betul. Formulanya ialah bersatu di luar BN dan seruan ini adalah untuk semua rakyat yang pada hakikatnya benar-benar inginkan perpaduan itu.

Jika benar UMNO mahukan perpaduan itu, parti itu sebaliknya keluar BN dan menjadi rakan kongsi yang ‘junior’ dalam Pakatan Rakyat dan menjadi pengikut pula kerana UMNO sudah tidak lagi mempunyai kekuatan untuk menjadi pemimpin. Lagi pula, di Semenanjung ini BN akan hanya mempunyai satu komponen sahaja, iaitu UMNO itu sendiri.

Sekarang UMNO terpaksa memberikan peruntukan kerusi kepada parti-parti yang sudah hampir pasti tidak akan menang dihati rakyat lagi seperti MCA, Gerakan, MIC dan PPP. Malahan parti-parti komponen dalam BN itu hanya memberikan bebanan yang sangat berat kepada UMNO yang sudah tersedia dengan bebanannya sendiri yang sangat berat.

Bagi saya, angan-angan Dr Mahathir itu adalah seperti ‘pungguk rindukan bulan’ kerana jika Mahathir sendiri atau pimpinan tertinggi UMNO yang ada sekarang ini mahu melakukan ‘negotiation’ untuk percantuman ini, ia tidak akan berjaya. UMNO tidak ada ‘magnanimity’ langsung termasuk Dr Mahathir itu sendiri untuk melakukannya.

“Dr Mahathir is a very good servant but a very bad master” kata seorang pemimpin UMNO suatu masa dahulu. Beliau telah gagal untuk menjadi negarawan kerana baliau masih menjadi ‘activist’ parti UMNO dan tidak mempunyai sifat negarawan yang sejati. Dr Mahathir tidak ada ‘cut’ untuk digelar sebagai negarawan kerana beliau memihak kepada pimpinan yang rakus dengan rasuah dan beliau tidak merasa bersalah langsung mewarisi  sifat rasuah kepada pimpinan-pimpinan selepas beliau.

Jika kita singkap sejarah yang masih terlalu baru, beliau tidak merasa bersalah kerana membantu menjatuhkan kekuatan UMNO apabila keluar dari parti itu sebelum pilihanraya yang lalu. Beliau bertindak keluar kerana mahu menjatuhkan Abdullah Badawi yang tidak sebulu dengan beliau. Kerana Abdullah seorang, beliau sanggup melemahkan parti yang beliau tubuhkan sendiri dalam tahun 1998 dahulu.

Dr Mahathir hanya mampu membawa kegelisahan kepada  semua pihak. Beliau hanya berjaya jika semua pihak berpecah belah. Politiknya hanya boleh hidup jika kita semua berpecah belah dan bergaduh di antara satu dengan lain. Jika PAS dan DAP serta PKR dan bekerjasama pula dengan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak, insyaalah kita akan bersatu dengan lebih mudah lagi.

Selagi UMNO, lebih-lebih lagi Dr Mahathir di berikan tanggungjawab untuk menyatukan rakyat, perpaduan tidak akan tercapai. UMNO nampaknya menunjukan penyesalannya setelah nasi menjadi bubur.

UMNO hanya menyesal setelah berada dalam gaung yang dalam. UMNO tidak boleh bangun lagi  PAS tidak perlu menghiraukan ajakan Dr Mahathir itu. Usaha penyatuan yang PAS dengan rakan-rakannya sedang lakukan sekarang sudah terlalu hampir untuk mendapat kejayaan. Jangan di rosakan lagi.

Percayalah.

Khalid Sewa Bas Guna Duit Sendiri Pun Jadi Isu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantu pemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat.

"Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila-bila masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Masalahnya kali ini puak umno pandai pulak pertikaikan berapa kos... la. kalau dah guna duit Khalid sendiri suka ati dia la nak belanja berapa sekalipun. bukan pakai duit rakyat macam umno buat untuk kepentingan politik sendiri.

Takde la pulak macam pemimpin agong umno yang buat majlis tunangkan anak hantar resit kat sebuah jabatan kat putrajaya... dan takde pulak belanja majlis hari jadi pastu hantar bil kat jabatan yg sama... yang tu puak umno buat senyap je.

Kah..kah.kah.. biol orang umno nei. 
 

Untuk Sabah dan Sarawak: Dengarkan lah Keluhan hati seorang Doktor

Oleh: Musli Oli

Saya membaca surat Dr Hams dan amat bersetuju dengan banyak pengamatan nya. Saya berkerja di Sabah selama lebih dari 7 tahun sebagai house officer dan medical officer. Setelah housemanship saya, saya telah dihantar bertugas di hospital daerah Ranau. Apa yang diceritakan oleh Dr Hams di Kota Marudu bukan lah suatu perkara yang terasing hanya untuk Kota Marudu. Cerita menyayat hati ini diulangi diseluruh negeri Sabah.

Pengenalan saya kepada keadaan kemiskinan Sabah terjadi dalam beberapa bulan pertama saya di Kota Marudu. Suatu hari seorang wanita berumur 70 tahun dari Kota Marudu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth kerana demam kuning yang dasyat.( deep jaundice). Wanita ini tinggal berseorangan dalam sebuah kampong di Kota Marudu. Dia menyedari mengenai demam kuning nya setelah selang satu bulan.

Wanita ini tidak mempunyai wang untuk tambang teksi. Dia telah menunggu masa salama 1 bulan mengumpul wang. Dengan menjual ayam ayam peliharaan nya dia dapat cukup RM50 membayar teksi ke Kota Marudu Hospital. Dia terpaksa berjalan kaki sejauh 2 batu untuk sampai ke bahu jalan mendapatkan teksi.

Sebagai seoarang yang lahir dan dibesarkan di Semenanjung, saya amat terkejut. Bila wanita ini sampai, dia berada dalam keadaan keracunan atau septic dan mempunyai batu karang dalam saluran bile nya( gallstone in her bile duct). Batu karang tersebut di buang tapi masa yang sama, saya dapati wanita ini mempunyai masaalah jantung yang memerlukan suatu pacemaker. Kami telah mengusahakan supaya dia mendapatkan suatu pacemaker tapi dia telah enggan menerima pacemaker tersebut.

Apabila saya mendesak mengapa dia enggan, wanita ini membertahu saya bahawa dia tidak mampu untuk membeli bateri pacemaker. Ayam2 nya semua nya sudah dijual. Sebaik sahaja saya menerangkan bahawa bateri yang ada pada pacemaker boleh bertahan untuk beberapa tahun, barulah dia bersetuju memasang pacemaker tersebut.

Bandar Ranau sendiri mempunyai rangkaian jalan yang baik dan terletak hampir dengan lebuh raya antara Sandakan dan Kota Kinabalu. Bandar ini telah membangun kerana ada lombong tembaga Mamut( mamut copper mines). Tapi kita mesti sedar, apabila saya sebut rangkaian jalan ianya ialah jalan dua hala yang selalu mengalami tanah runtuh dan penuh dengan lobang lobang besar. Perjalanan dari Ranau melalui jalan seperti ini mengambil masa selama 2 jam untuk ke Kota Kinabalu.

Keluar sahaja bandar Ranau, pengangkutan dan hubungan jalan menjadi masaalah besar kerana jalan tar tiba2 menjadi jalan tanah dan batu atau jalan2 lori balak. Sesiapa yang pernah berkerja di Sabah akan mempunyai cerita yang sama yakni mengenai kemiskinan yang amat dasyat dan sistem pengangkutan dan hubungan jalan yang amat buruk.

Selama 2 tahun saya diRanau, saya telah melihat hampir kesemua nya. Pesakit dengan celebral malaria, suatu penyakit yang hampir tidak terdengar di Semenanjung. Pesakit penyakit ini datang ke hospital setelah 48 jam dari tempat2 seperti  Kaingaran and Karagasan, dimana saudara mara mereka terpaksa menolak taxi sapu atas jalan yang berlumpur, berbelanja RM50 kalau ianya musim hujan. RM50 sama dengan gaji selama 2 bulan walaupun ketika itu harga petroliam pada waktu itu hanya RM1.20/litre di Ranau.

Keadaan pesakit terpaksa menangguhkan rawatan keatas penyakit yang membahayakan nyawa kerana jambatan runtuh . rawatan kecemasan seperti pembedahan caesarian , appendix bahkan termasuk juga kandungan songsang atau ectopic pregnancies terpaksa dilakukan dalam hospital kami oleh Medical Officer yang hanya mempunyai pengalaman  4 bulan housemanship.

Rawatan perubatan kecemasan seperti  serangan jantung atau  myocardial infarctions, yang kalau di Semenanjung akan dilakukan di bahagian  Coronary Care Unit  terpaksa dilakukan oleh hospital daerah. Akan tetapi saya bersyukur dan berterima kasih kerana kakitangan saya di hospital tersebut adalah pasukan yang terbaik  yang saya rasa bangga berkerja dengan mereka. Mereka adalah perkerja yang penuh dedikasi yang komited terhadap membaiki taraf kehidupan pesakit2 mereka.

sistem pengangkutan jalan yang teruk bukan sahaja memburukkan keadaan kesihatan tapi juga menyusahkan rakyat mengangkut hasil mahsul mereka ke pasaran. System pengangkutan menyebabkan rakyat sabah terperangkap dalam kitaran kemiskinan.

Suka atau tidak, terpaksalah mereka menjual hasil mahsul mereka kepada orang tengah . hasilan mereka dijual dipasar tamu untuk memberi mereka pulangan RM 20-RM 50. Orang2 kampung juga dieksploitasi oleh penjual2 kain jalanan yang kebanyakan nya terdiri dari warga asing. Penjual kain jalanan ini akan menawarkan skim bayaran ansuran dan apabila tidak boleh bayar dan faedah kepada pembelian itu meningkat, ramailah orang kampong membenarkan anak gadis mereka berkahwin dengan penjual2 kain yang kebanyakan mereka mempunyai isteri di Pakistan.

Satu daripada kes yang saya tidak boleh lupa melibatkan kes sebuah keluarga yang datang ke Hospital Ranau. Ianya kes suatu kelgara yang hampir kebulur yang terpaksa memakan telur katak puru yang mengakibatkan fatality. Keluaga ini tidak ada makanan kerana tanaman mereka rosak dan mereka tidak dapat membeli makanan. Oleh kerana terlalu lapar, sibapa telah memberikan kepada anak anak nya telur katak puru. Bila mereka sampai ke wad kecemasan, satu daripada anak meninggal dunia dan 2 lagi meninggal setelah 10 minit tiba di wad kami kerana keracunan telur katak puru tadi.

Pendidikan merupakan suatu lagi masaalah di beberapa tempat yang berada diluar Kota KInabalu. Ramai anak2 Sabah tidak mampu pergi ke sekolah. Ramai dari pesakit saya tinggal di luar Ranau dan bernasib baiklah jika mereka mendapat pembelajaran yang paling asas. Kebanyakan mereka berkahwin dalam umur belasan tahun.

Saya bertemu dengan kes gadis2 berumur 14 tahun yang melahirkan anak dan mereka tidak pernah menjejak kaki ke sekolah. Pendidikan mereka amat rendah menyebabkan mereka memberi bayi2 mereka meminum susu kondens kerana menyangkakan susu tersebut lebih baik dari susu ibu.

Tapi  matlamat asas ialah semua ibu2 ini mahukan yang terbaik untuk bayi2 dan anak2 mereka. Tahap pendidikan yang rendah menyekat mereka dari melakukan nya. Bandar2 utama di Sabah mempunyai bekalan letrik dari Perbadanan Elektrik Sabah. Namun, kampong di pendalaman hanya mengunakan generator disel, lilin atau pelita bila waktu malam.

Bagaimana anak2 Sabah mahu belajar dalam keadaan demikian?
Saya sendiri terpaksa belajar bahasa orang Dusun untuk berkomunikasi kerana pesakit2 tidak tahu berbahasa lain. 45 tahun setelah Malaysia ditubuhkan, janji suatu kehidupan yang baik untuk rakyat miskin terdiri dari orang Dusun, Murut dan Rungus dalam daerah Sabah hanya merupakan janji kosong. Bagaimana pemimpin politik kita berbohong telah membawa kemajuan dan pembangunan untuk rakyat Sabah sedangkan sebahagian besar rakyat Sabah masih memakai t- shirt yang murah dan topi yang di beri percuma oleh BN beberapa tahun yang lampau?

Mana mungkin saya tergamak untuk menyatakan saya bangga dengan Putrajaya yang indah dengan jambatan cantik dan tiang lampu yang ornate dan bangga dengan menara kembar Petronas, ketika warga Malaysia di Sabah menderita dan terbiar?

Kitaran dan kedaaan kemiskinan di daerah2 Sabah sungguh menyayat hati dan menghancurleburkan perasaan kita. Pembasmian kemiskinan mesti menangani isiu2 besar seperi tahap pembelajaran dan pendidikan dan system perhubungan jalan dan pengangkutan dan bukan penyampaian bantuan kepada rakyat.

Istiharlah 16 September sebagai cuti awam, tapi tolonglah ingat bahawa dalam konteks nyata, kita telah berjanji keada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa kita akan melayani mereka sebagai berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. berikan mereka kemajuan dan pembangunan yang telah lama kita nafikan.

Berhentilah berlagak pemberi yang murah hati sedangkan kemajuan dan pembangunan asas dilupakan.Tepailah Janji dengan ikhlas dan jujur dan bukan sebagai hiasan billboards. 
 Tamat Keluhan sang doktor. *******

Mahukah rakyat Sabah dan Sarawak ditipu lagi? kenapa kita mahu percaya kerajaan BN?

Takut pada PAS, situasi sudah kelam-kabut

Oleh: SELENA TAY

Sekarang Umno kuat melancarkan serangan keatas DAP dan KeADILan. Mungkin ini berlaku kerana Umno sudah berasa gerun disebabkan oleh ramai orang ternama sedang menyertai PAS. Oleh itu strategi yang mudah untuk Umno ialah untuk menyerang DAP dan KeADILan untuk melemahkan PAS.


Serangan ke atas DAP berbentuk memburuk-burukkan DAP dengan mengeluarkan kenyataan melalui media dibawah kawalan mereka bahawa adalah haram untuk menyokong DAP.

Tetapi bagaimana pula dengan MCA yang sering memperlekehkan Islam? Presiden MCA iaitu Chua Soi Lek pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara-negara Islam adalah mundur.

Selain dari itu, MCA juga telah mengugut akan keluar dari BN jika Umno melaksanakan Hukum Hudud.

Malah semasa berdebat dengan Setiausaha-Agung DAP iaitu Lim Guan Eng pada bulan Februari yang lalu, Presiden MCA itu telah dengan terang-terangan sebut bahawa MCA berani menentang Umno dalam bab Hudud manakala DAP telah tunduk kepada PAS dengan mendiamkan diri.

Ini jelas menunjukkan bahawa MCA seribu kali lebih teruk lagi dari DAP yang hanya menolak perlaksanaan Hudud dengan hujahan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sahaja. DAP juga sentiasa menghormati ugama Islam sepertimana yang telah tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

Agenda Umno disini ialah tidak lain dan tidak bukan satu cubaan melaga-lagakan PAS dengan DAP dengan tujuan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat sebab jika Pakatan tumbang maka PAS akan gagal ke Putrajaya.

Serangan keatas KEADILAN pula dilancarkan keatas Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim dari parti KeADILan. BN telah cuba menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor bahawa bekalan letrik mungkin terjejas disebabkan oleh kepimpinan Khalid yang tidak efisyen. Ini selepas cubaan menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bahawa bekalan air mungkin akan terjejas juga dengan menggunakan alasan yang sama.

Nampaknya BN gemar main dengan api dan air demi meraih sokongan rakyat sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang ini.

Namun demikian jika PRU13 diadakan pada bulan Oktober hingga Disember selepas Belanjawan dibentangkan oleh BN pada 28hb September, Belanjawan yang baru akan dibentangkan oleh Pakatan selepas PRU13 jika Pakatan menang dan Pakatan Rakyat akan dapat melancarkan serangan yang lebih kuat terhadap BN dengan membentangkan idea-idea Pakatan yang lebih mesra rakyat pada masa kempen pilihanraya nanti.

"Walaupun Belanjawan BN penuh dengan gula-gula untuk mengumpan rakyat, berbagai alasan boleh diberikan untuk menidakkan gula-gula tersebut selepas BN menang. Justeru itu, semoga rakyat janganlah mudah diperdayakan," kata Dr. Dzulkefly Ahmad, Anggota Parlimen Kuala Selangor dari PAS.

Jika PRU13 diadakan sebelum Belanjawan, contohnya pada 16hb September, BN tidak dapat mengumpan rakyat.

Ini bermakna BN kini sudah mengalami kesukaran untuk mengadakan pilihanraya - sebelum Belanjawan pun sukar dan selepas Belanjawan pun sukar sebab masa sudah suntuk - dari pertengahan bulan September hingga hujung bulan Oktober ialah musim Haji, lepas itu dalam bulan November pula ialah masa peperiksaan SPM dan STPM dimana dewan sekolah digunakan dan pada bulan Disember pula, ibubapa sibuk membuat persiapan untuk anak-anak mereka balik ke sekolah dan banyak lagi urusan peribadi perlu diselaraskan sebelum tahun baru bermula.

"Jelaslah BN sudah terlambat dan berada dalam keadaan yang amat terdesak sekarang," sambung Dr. Dzulkefly.

-sumber

Sunday 19 August 2012

Baju Raya Nampak Tali Coli

Hebatnya asuhan Ramadhan, orang nak tengok benda bukan-bukan pun tak jadi nak tengok. Mata segera dialihkan daripada melihat sesuatu yang haram yang boleh membangkitkan nafsu serakah yang buas. "aiiiisshhhh... aku puasa... mana boleh tengok benda-benda macam tu".

Ini menunjukkan hebatnya asuhan Ramadhan, di mana umat Nabi Muhammad SAW diasuh selama sebulan untuk menahan nafsu buas untuk mengharungi bulan-bulan seterusnya. Sebenarnya, berjaya atau tak kita mengharungi Ramadhan, kita boleh tengok lepas berakhirnya Ramadhan. Adakah kita punya amalan setara dengan amalan-amalan sewaktu bulan Ramadhan;

1. solat subuh berjamaah
2. solat isyak berjamaah
3. membaca al-quran
4. berzikir
5. bersedekah
6. berdakwah, dll.

Pada pandangan aku, sebenarnya ramai yang kecundang selepas berakhirnya Ramadhan dan bermulanya bulan Syawal. Aku pun sama lah, 2 x 5. Tapi, yang paling jelas sekali adalah, kegagalan diri kita untuk meneruskan momentum Ramadhan jelas sekali terpampang bermulanya 1 Syawal.




Masa orang lain sibuk bersiap-siaga untuk solat sunat 'Idul Fitri, ada pulak manusia yang menyibukkan dirinya dengan mengenakan mekap. Bibir dimerahkan macam pungkoq babun. Minyak wangi disembur kat ketiak sampai sebaldi minyak wangi. Kepala ditogelkan macam ayam togel. Dan paling menonjol sekali adalah baju raya golongan ni.

Baju raya macam sarung nangka. Ketat sampai menampakkan pergunungan Himalaya. Segala pixel jelas kelihatan untuk tatapan umum. Dah lah ketat, baju terang-benderang sampai silau mata memandang. Paling membuatkan si adam tak keruan adalah baju yang dipakai tu menampakkan tali coli. Apa motif? Ni baju raya ke baju pelacur? Maaf la. Memang kasar sungguh bahasa ni. Tapi, golongan macam ni memang penampilannya tak ubah macam pelacur. Baru je habis berpuasa dah nak goda orang laki.

Marilah kita meneruskan momentum Ramadhan. Kalau kita beribadat kerana Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan itu tetap akan pergi. Tapi kalau kita beribadat kerana Allah, Allah itu Maha Kekal lagi Maha Hidup.


-Soutul Mujahid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers