PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Thursday 8 November 2012

Kumpulan penyokong AES diupah berdemo akhirnya ‘hilang’

GEORGE TOWN, 8 NOVEMBER: Kumpulan penyokong Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum ketika hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menghilangkan diri setelah diajak berdialog bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani dalam kenyataannya kepada media hari ini berkata, berikutan perhimpunan di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri yang didakwa menyokong AES dilaksanakan di Pulau Pinang adalah bertentangan dengan cadangan Kerajaan Negeri untuk mengkaji pelaksanaan sistem itu terlebih dahulu sebelum dilaksanakan di negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu..

Menurut Farida lagi, Pejabat Ketua Menteri sudah mengatur satu mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan penjelasan mengenai sistem komisen untuk setiap saman trafik yang bakal menguntungkan syarikat swasta.

Malangnya pihak Kementerian menangguhkan mesyuarat yang dijadualkan diadakan pada 31 Oktober lalu itu.

“Bagaimanapun, Ketua Menteri mengarahkan agar satu perjumpaan diadakan antara pihak yang menyokong AES itu dengan kerajaan negeri di Bangunan Dewan Undangan Negeri pada Isnin, 5 November 2012 jam 10.00 pagi,” kata Farida.

Namun setelah mendapat bantuan pejabat Timbalan Ketua Menteri II, Prof Ramasamy untuk mengaturkan pertemuan itu gagal kerana memorandum itu tidak menyertakan nama dan alamat kumpulan yang menghilangkan diri itu.

“Ini menunjukkan mereka tidak serius dan hanya mahu mencetuskan kekacauan. Kini mereka “hilang” dan gagal dihubungi,” ujar Farida.

“Kumpulan itu bukan sahaja tidak bersungguh di dalam perkara ini malah difahamkan kebanyakan penyokong yang hadir Khamis lalu ditipu pihak penganjur bahawa mereka akan diberi wang tunai sebanyak RM50 serta hamper sekiranya mereka hadir memberi sokongan,” tambahnya sambil mencela perbuatan pihak tertentu yang memperalatkan rakyat dengan penipuan demi menimbulkan kekacauan. – Roketkini.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers